Untuk Melihat Perkara Besar Berubah Diri Kita Mesti Berubah

Semua perkara yang wujud didunia ini bermula dari zarah-zarah yang halus. Justeru itu untuk mewujudkan negara bangsa berjaya perlu untuk kita berubah bermula dari kita sendiri.

Jumaat, 14 Mei 2010

Peperiksaan Gred 41 vs Peperiksaan PTD

Peperiksaan Gred 41 vs Peperiksaan PTD

Sedikit analisis dan pemerhatian yang dapat disimpulkan mengenai peperiksaan yang lepas, ianya jauh lebih mudah berbanding peperiksaan bertulis ambilan PTD yang lepas-lepas. Jadi bagi yang pernah menduduki peperiksaan PTD sebelum ini tetapi gagal dan mengambil semula peperiksaan ini dalam format Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41, kami yakin anda tersenyum menjawab soalan kali ini kan?
Untuk bahagian pengetahuan am, ianya lebih kepada pengetahuan semasa dan banyak soalan seperti peperiksaan sesi 2009 yang lebih kepada ’seakan sejarah’ seperti sejarah Olimpik, Piala Dunia dan lain-lain dan boleh dikatakan soalan kali ini lebih santai untuk memuatkan pengambilan 14 jawatan yang merupakan calon dari pelbagai latar. Soalan Matematik juga lebih kepada logik dan anda boleh congak jawapannya. Cuma ada juga soalan yang ’sedikit memaksa’ anda membuat sedikit pengiraan.
Begitu juga bahagian-bahagian yang lain yang lebih ‘umum’ dan tidak spesifik. Soalan-soalan esei tidak seperti soalan esei peperiksaan khusus PTD yang memerlukan anda memahami dan mendalami beberap fakta dan isu. Kali ini ianya lebih kepada bagaimana ‘matang’ anda menyuarakan pendapat sebab isu-isu semuanya umum dan tidak sesekali menyebabkan anda ‘tersasar’ dengan kesilapan fakta sebagaimana yang berlaku dalam peperiksaan PTD.
Secara keseluruhannya, untuk calon-calon jawatan PTD, anda harus bersyukur sebab peperiksaan kali ini disekalikan sekaligus membuatkan ianya lebih mudah, tidak seperti barisan calon senior yang dahulu. Tapi harus juga berwaspada, jika soalannya mudah, mungkin gred lulus juga akan dinaikkan memenuhi kouta yang telah ditetapkan dan kapasiti pihak INTAN sendiri untuk memuatkan calon dalam sesi prePAC selepas ini.