Untuk Melihat Perkara Besar Berubah Diri Kita Mesti Berubah

Semua perkara yang wujud didunia ini bermula dari zarah-zarah yang halus. Justeru itu untuk mewujudkan negara bangsa berjaya perlu untuk kita berubah bermula dari kita sendiri.

Selasa, 17 Ogos 2010

Membeli Belah Barangan Berjenama US dengan vsHub dengan Murah

Salam sejahtera,

vsHub Share Program

Setiap kali ada produk baru diperkenalkan di peringkat global seperti gajet-gajet canggih (iPhone, iPad, PS3 dan sebagainya) mesti produk ni akan keluar dulu di Amerika Syarikat (AS) dan kita di Malaysia putih mata je la menunggu produk tu nak sampai ke Malaysia.

Saya ada beberapa orang rakan yang melanjutkan pelajaran je AS dan Australia. Pada masa tu (tahun 2008) mereka semua dah mula pakai iPhone, sedangkan di Malaysia, baru tahun lalu iPhone dibawa masuk oleh Maxis. Sama juga la dengan Blackberry (BB) dan Google Nexus. Lagi tak best bila gajet yang dibawa masuk tu mesti lagi mahal.

Sampai satu tahap, ada kawan saya sanggup mengirim duit ke AS semata-mata nak menyuruh kawannya membeli iPhone bagi pihak kakaknya. Apa yang mendebarkan ialah duit yang dihantar menggunakan Western Union tu bukanlah dihantar ke alamat penerima, sebaliknya penerima kena pergi claim duit tersebut. Nasib baik masalah dah selesai.

Kan best kalau ada servis yang boleh membantu kita mendapatkan produk terus dari AS. Tapi, ada ke syarikat yang menyediakan servis seperti ini? Tanpa disedari, memang ada rupanya.

Terdapat satu servis yang dinamakan vsHub (Virtual Shopping Hub) yang dimulakan oleh dua orang rakyat Malaysia dengan kolaborasi rakan kongsi di Amerika untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan penyediaan servis membeli belah dalam talian (online) ini, pengguna di Malaysia diberikan pilihan yang lebih baik untuk mendapatkan produk yang dikeluarkan terus di AS.

Selamat bershopping di US!!!

Khamis, 5 Ogos 2010

Kad Kredit Membunuh!!!

KONSEP KAD KREDIT

Jika dilihat definisi kad kredit, kita akan memahami ia adalah sekeping kad plastik yang diberi oleh pengeluarnya sama ada bank atau institusi kewangan setelah diyakini pemohon ada kemampuan untuk membayar hutang yang bakal dibuat melalui penggunaan kad terbabit.

Sebagaimana kita sedia maklum, melalui kad ini pengguna boleh berbelanja sehingga tahap kredit bulanan (monthly credit limit) yang dibenarkan dan atas dasar itu, hubungan di antara pengguna dan pengeluar kad sangat jelas dipanggil sebagai hutang.

Pihak pengeluar akan membayar jumlah pembelian yang dibuat kepada peniaga dan sebagai balasan, pihak peniaga perlu membayar kepada pengeluar kad sebanyak satu hingga tiga peratus daripada jumlah barang dibeli sebagai komisen.

Pengguna kad pula perlu membayar semula hutang tadi bersama-sama kadar caj riba yang mahal, iaitu melebihi 17.5 peratus setiap tahun.

Profesor Undang-Undang, Universiti Harvard di Amerika Syarikat, Dr Elizabeth Warren, yang pakar dalam bidang kewangan turut menjelaskan, kad kredit yang digunakan seseorang itu sama sifatnya dengan pihak yang memberi pinjaman kewangan tanpa lesen atau secara ringkasnya ‘Along’.

Bezanya, ia diatur secara lebih tersusun dan profesional, tidak seperti Along yang beroperasi secara gelap dan berbau jenayah.
Namun hakikatnya, kedua-duanya sama daripada sudut caj dan kezalimannya.

KAD KREDIT ADALAH KAD NAFSU

Daripada sudut objektif, kad ini boleh dikatakan sangat tidak menepati kehendak Islam kerana:

  • Menggalakkan ‘leverage’ melampau (menggandakan kemampuan pembelian melalui hutang)

    Kewujudan kad kredit hanya menggalakkan pengguna untuk berbelanja melebihi kemampuan kewangan bulanannya.

    Saya masih ingat seorang rakan saya yang berpendapatan sekadar RM4,000 sebulan, dengan tanggungan rumah, keluarga dan kereta setiap bulan, masih diluluskan oleh bank untuk menerima kad kredit dengan had penggunaan (credit limit) RM8,000 sebulan.

    Sebagaimana disebutkan oleh Dr Elizabeth juga, pengeluar kad juga biasanya mensasarkan golongan pertengahan (middle class) yang berpotensi besar untuk menangguh bayaran serta tidak berkemampuan membayar penuh setiap bulan.

    Jika dilihat pada ketika ini, individu berpendapatan RM2,500 sebulan layak memiliki sekeping kad kredit yang pastinya had kegunaannya melebihi pendapatan diterima setiap bulan dan ia belum lagi ditolak beban kewangan serta tanggungannya.

    Jadi, kad ini boleh dianggap sebagai kad plastik ‘untuk melayan nafsu berbelanja secara tidak terkawal’ berikutan ia boleh merangsang nafsu berbelanja pemegang kad itu walaupun pada mulanya mereka mampu mengawal kegunaannya.

    Namun, untuk satu tempoh tertentu, pemegang kad kredit pasti tewas dalam mengawal nafsu membeli-belah dan menangguh bayaran.

    Jelas boleh dilihat di sini, kad kredit tidak ubah seperti satu jerangkap samar yang hanya menunggu sedikit kelalaian pengguna, di mana ia akan meninggalkan kesakitan kepada individu yang terkena helah di sebalik penggunaannya.

  • Kad yang sengaja menggalakkan pemilik melewatkan bayaran

    Kad ini juga sememangnya direka cipta untuk memerangkap pengguna berikutan kerangka asas kad ini adalah, pengguna hanya diminta membuat bayaran bulanan tiga hingga lima peratus daripada jumlah penggunaan bulanannya.

    Jika semua jumlah digunakan berjaya dilangsaikan sebelum tempoh ‘grace period’ (biasanya 20 hari), pengguna tidak dikenakan caj.

    Manakala penangguhan bayaran melebihi 20 hari, caj faedah ‘riba’ yang tinggi akan dikenakan.

    Di negara kita, kadar fae- dah kad kredit adalah menerusi tiga ciri berbeza, iaitu ciri pertama ialah 13.5 peratus bagi pemegang kad yang secara konsisten melangsaikan bayaran minimum secara berturut-turut selama 12 bulan yang sebelumnya dalam tempoh dibenarkan.

    Kedua, 16 peratus bagi pemegang kad yang melangsaikan bayaran minimum selama 10 bulan dalam setahun, dan ketiga pula 17.5 peratus bagi semua pemegang yang tidak menepati dua ciri di atas.

    Jelas di sini, mereka yang gagal melangsaikan bayaran minimum secara konsisten akan menderita dengan kadar riba yang lebih tinggi berbanding mereka membayar secara konsisten.

    Perlu disedari, caj itu sangat tinggi dan tersangat merugikan.

    Oleh itu, adalah perlu untuk memahami jumlah yang dituntut setiap bulan oleh bank biasanya hanya lima peratus daripada jumlah penggunaan bulanan, manakala jumlah faedah 1.46 peratus setiap bulan (atau 17.5 peratus tahunan) itu akan dikenakan kepada semua jumlah hutang yang tertunggak.

    Justeru, pemilik kad yang menggunakan kad kredit ketika membeli-belah sebenarnya orang yang kerugian berikutan membiarkan caj berbelas-belas peratus itu dikenakan terhadap mereka.

    Secara nyatanya, setiap pembelian menggunakan kad kredit itu berkali ganda mahalnya berbanding pembayaran yang dibuat secara tunai atau menggunakan kad debit.

  • www.zaharuddin.net