Untuk Melihat Perkara Besar Berubah Diri Kita Mesti Berubah

Semua perkara yang wujud didunia ini bermula dari zarah-zarah yang halus. Justeru itu untuk mewujudkan negara bangsa berjaya perlu untuk kita berubah bermula dari kita sendiri.

Rabu, 6 Januari 2010

Cara Untuk Bebas Hutang

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidupyang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang bolehanda ikut.
Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan sayarasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masabeberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dansaya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yangterbaik kepada anda ;)
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkahberikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutangpasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apayang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyatabank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja rekod yang anda ada.
Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaananda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe
2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.
3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidakpasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemaskinikan rekod senarai hutang ini)
4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.
5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.
6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupasenaraikan semua hutang anda.

Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000

2)Hutang kad kredit RM5,000

3)Hutang kereta RM50,000

4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutangyang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agakbesar, contohnya kereta atau rumah.
8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!
9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang, kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untukmembayar hutang.
Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yangperlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalumakan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkanpaling kurang RM200 sebulan.
10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutangNo.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelumini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habishutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke senarai yang terakhir.
Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja hutang pertama anda habis.
Pembaca sekalian , gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung semua beban hutang anda nanti.

Demi kebahagiaan bersama,

Norihan Abu

dipetik dari EMEL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan