Untuk Melihat Perkara Besar Berubah Diri Kita Mesti Berubah

Semua perkara yang wujud didunia ini bermula dari zarah-zarah yang halus. Justeru itu untuk mewujudkan negara bangsa berjaya perlu untuk kita berubah bermula dari kita sendiri.

Isnin, 1 Mac 2010

Tips Lulus Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 /Pegawai Tadbir Dan Diplomatik/Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)

 Assalamualaikum.. 

Peperiksaan memasuki Perkhidmatan awam akan tiba lagi. Boleh dikatakan setiap tahun pihak SPA pasti akan mengadakannya bagi menggantikan pegawai yang bersara, berhenti, meninggal dunia dan sebagainya. Saban tahun juga, ramai graduan mencuba nasib menduduki peperiksaan ini sama ada untuk sekadar suka-suka mencuba nasib, atau memang sungguh-sungguh untuk berkhidmat di sektor awam.

Entri kali ini saya akan berkongsi pengalaman dan maklumat yang saya ada untuk bagaimana cara lulus peperiksaan ini. Statistik sehingga Januari 2010 menunjukkan terdapat 107,813 permohonan telah dibuat untuk pelbagai jawatan di sektor awam. Jadi, bagaimanakah untuk menjadi orang yang terpilih?
Tips 1:
Pastikan anda mendaftar di SPA online dengan maklumat yang betul dan tepat. (Untuk pastikan surat menyurat sampai ke tangan anda!!!!!) Update maklumat diri anda dalam tempoh setahun.

P/s: Kalau tidak sampai setahun pun tidak mengapa, asalkan anda update jawatan/alamat anda. Jangan terlalu memilih dalam soal Jawatan 14 (sekarang tinggal 13 sahaja) Gred 41 ni. Biasanya tugasannya lebih kurang sama sahaja lebih kepada sebagai Pegawai Tadbir.

Tips 2:
Setelah anda mendaftarkan diri anda, perkara seterusnya yang anda perlu lakukan ialah persiapkan diri anda untuk berperang!!! Asah kemahiran anda yang telah berkarat, dapatkan maklumat terkini, sentiasa peka dengan isu semasa dan yang penting sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri. Berusaha bersungguh-sungguh dahulu baru bertawakal. Jika anda tidak melakukan sebarang persediaan, agak sukar dan membuang masa anda menghadiri peperiksaan sehari suntuk tersebut.

Tips 3:
 Perkara yang anda perlu tahu untuk menjawab peperiksaan.

Bahagian I:
Seksyen A - Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Seksyen ini mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia pada amnya dan Malaysia khasnya. Ia merangkumi isu politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik dan sukan. Skop ini terlalu umum dan tiada bahan rujukan khusus.
Masa: 40 minit
Soalan: 50

Untuk Bahagian 1 Seksyen A ini apa yang perlu anda lakukan ialah rajin membaca sebarang maklumat terkini mengenai apa sahaja yang melibatkan kehidupan (perkara di atas). Jadi, mulakan dengan membaca akhbar perdana. Cara untuk memilih tajuk juga penting untuk menjimatkan masa anda. Pilih isu yang melibatkan negara secara makro atau mikro.Asingkan Isu yang anda baca mengikut sub-topik; contohnya, pendidikan, ekonomi, hiburan, sukan, teknologi, dan sebagainya. Jadikan diri anda orang yang serba tahu walaupun dahulu anda tidak minat, ubah persepsi anda untuk menjadi orang yang sentiasa berminat dan perlu tahu semua isu, semua  fakta dari semua sudut. Bila anda bertindak aktif ingin tahu, sekurang-kurangnya anda tahu sesuatu daripada tidak tahu langsung.

Tips 4:

Seksyen B- Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen ini mengukur kecekapan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan tiga elemen berikut:
i. Kemahiran Logik
Elemen ini mengukur kemahiran berfikir serta kemahiran pengaplikasian dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan
ii. Kemahiran Menginterpretasi Data
Elemen ini mengukur kecekapan calon untuk menganalisis data untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
iii. Konsep Matematik
Konsep Matematik yang diukur merangkumi algebra dan geometri. Asas Matematik tersebut tidak melebihi sukatan dalam kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia.
Masa: 45 minit
Soalan: 40

Untuk seksyen B ini lebih kepada kemahiran  diperingkat SPM masing-masing. Jadi, untuk skor bahagian ini, saya syorkan anda buat latihan SPM semula bagi yang dah lupa. Atau paling mudah buat latihan pada sisipan akhbar-akhbar perdana. Memang tiada jalan mudah tetapi ada rahsianya yang saya bagi percuma disini iaitu, mengikut soalan yang lepas-lepas, kebanyakan soalan mudah terletak di belakang (20 soalan terakhir) . Anda dikehendakai menjawab 1 soalan 1 minit untuk bahagian ini. Jadi anda kena pilih soalah yang benar-benar mudah dahulu dan mengambil masa yang singkat. (AMARAN!!) Jangan cuba selesaikan satu-satu soalan yang mengambil masa lama walaupun ia nampak mudah dan boleh diselesaikan dikhuatiri anda leka dan membuang banyak masa dan seterusnya anda terperangkap tidak cukup masa untuk siapkan soalan yang lebih mudah kecuali anda benar-benar hebat dalam subjek matematik.

 Tips 5:

Seksyen C - Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur dari aspek:
(i) Kemahiran memindahkan maklumat
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran Tatabahasa dan Kosa Kata
Masa: 45 minit
Soalan: 40

Bagi seksyen C, apa yang perlu ialah menggunakan kemahiran dari tips di atas iaitu BANYAK MEMBACA. Bila anda banyak membaca daya kefahaman anda akan meningkat dan mudah untuk menyelesaikan seksyen ini. Tips lain, anda jangan malu-malu untuk membuat latihan SPM BM dan BI kefahaman. Iyalah kata orang 'Demi Masa Depan Kenalah Berkorban'....

Tips 6;

Seksyen D - Esei Bahasa Melayu
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa: 1 jam
Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: 300 hingga 500 perkataan
Seksyen E - Esei Bahasa Inggeris
Seksyen ini mengukur daya kreativiti dan kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian esei adalah berdasarkan pendapat calon yang disusun dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa: 1 jam
Soalan: 3 jawab 1
Panjang Esei: 200 hingga 300 perkataan


Untuk seksyen Esei BM dan BI iaitu seksyen yang sangat penting ... saya ulang SANGAT PENTING untuk menentukan anda lulus atau tidak, anda perlu sentiasa bermaklumat. Bagi Esei BM, saya syorkan anda rujuk buku Pengajian Am STPM kerana terdapat banyak contoh esei yang berkaitan dengan isu semasa.

  Sebagai tips ringkas; struktur esei karangan anda mestilah kemas dan seimbang bagi setiap perenggan. Setiap perenggan hendaklah ada isi, ayat penegas, contoh dan kesimpulan isi yang anda berikan. Satu-satu perenggan memadai dengan 6 ayat. Setiap perenggan MESTI selang satu baris. Untuk memanjangkan esei anda, anda boleh memberi sebanyak mana pun contoh yang munasabah. Setiap perenggan anda perlu ulang langkah di atas untuk menjadikan esei anda kemas dan tersusun.
Untuk esei BI, gunakan format yang sama seperti esi BM di atas. Sebagai tambahan setiap isi anda berikan perlulah hebat, logik dan cuba 'berfikir diluar kotak'. Untuk memudahkan anda pecahkan isu yang anda bincang dari sudut pendidikan, ekonomi, sosial, dan politik. Boleh juga anda msukkan peranan media massa, dan masyarakat sekeliling.

Sekian.

'Sharing is Caring'
































































































































































1 ulasan: